Kemelut
ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini
mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta impak kemodenan
yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal
dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang
teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau
salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat
apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan
berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir
dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan
remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan
masalah ini kian meruncinng.
Selain
itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu
sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak
mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab
mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut
kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja
berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk
mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu,
mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan
memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah
apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya,
keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.
Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini
berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini
sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu
berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia
yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini,
wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati
perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan
menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita
yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca
yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat
yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah
mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak
sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat
seumpama ini merupakan pemangkin gejala ini.
Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari
Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah
terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang
bebas. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru
aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi
memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara
yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu,
masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah
daging dalam
hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah
pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan
ibu bapa yang masih remaja itu.
Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera.
Kita tidak seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif
perlulah diambil demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ
ada jalan. Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat
hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah
fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang
ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang.
Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para
remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk
mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan
berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk
aktiviti pembuangan bayi.
Selain
itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau
kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan.
Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan
pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca
daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga
urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut
supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini
perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain.
Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak
ular dan
bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara
konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di
landasan yang betul dalam kehidupan.
Langkah
yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat
perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada
mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan
mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri
sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak
dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang
telah terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak
di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus
melakukan perkara yang terkutuk.
Di
samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes
rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan
wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi
hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan
wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang
hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga
mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya
perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan
perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi
kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini
dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara
kita.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.
Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.
Kesimpulannya,
masalah pembuangan bayi ini yang diesebabkan oleh banyak faktor mempunyai
pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes
pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan
menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara
sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak
adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit
sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk
melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah
dapat direalisasikan.






0 comments:
Post a Comment