Di manakah jalan penyelesaiannya?
Kes A
Gadis A, berumur 16
tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya,A cuba
mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk
A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama
keluargaangkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan
kandungannya ini.
kes B
Gadis B, berumur 18 tahun adalah
seorang pelajar kolej swasta yang sangat aktif. Akibatketelanjuran bersama
teman lelakinya, B disyaki mengandung. Ujian kencing yang dibuat disebuah
klinik swasta mengesahkan bahawa B telah pun hamil dan kandungan janin
kembar telah pun disahkan melalui
ujian ultrasound. B cuba untuk menyembunyikan kandungannyasehingga
terpaksa ponteng kuliah. Rahsianya terbungkar apabila B melahirkan kandungankembarnya
yang pramatang di dalam tandas asrama kolej tersebut.
Kes C
Gadis C, berumur 15 tahun adalah
seorang pelajar sekolah menengah. Beliau ditahan oleh pasukan polis kerana
disyaki membuang bayinya apabila mayat seorang bayi yang barusahaja meninggal
dunia ditemui kira-kira 100 meter daripada rumahnya. Walaupun
Cmenafikan dakwaan tersebut, pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan
bahawa beliaumempunyai banyak tanda-tanda bahawa gadis C baru
sahaja melahirkan kandungannya.
Statistik
Kita tidak mempunyai
laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yanghamil di
Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan
berhentisekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes
remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahan ini menjadi
semakin parah. Malahan saya pernah berhadapan dengan 3 kes remaja yang hamil
yang hampir melahirkan anak ketikamereka hanya berumur 13 tahun. Dinisbahkan
sebagai pelajar sekolah menengah, mereka baru berada di tingkatan satu.Ketua
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan
bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh
negara sepanjangtahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh
21hb Mac 2010.Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding
tahun sebelumnya. Pada2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN
manakala pada 2007 seramai 16,100.Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes
buang bayi yang dilaporkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM). Walaupun
laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yangmelahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini
seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum
bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadianzina semakin merebak termasuk di kalangan
remaja Melayu.Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks
luar nikah adalah dikalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
dan juga di sekolah menengah.Ini merupakan satu kejadian yang sangat
menggerunkan kita semua.
Punca-punca Kejadian
Memang banyak pendapat
dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabilagejala pembuangan
bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak
berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari
kepadainstitusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang
gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian
pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan.
Ada yang menyalahkan badan- badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang
mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.
Ada yang mengatakan gejala pembuangan bayi adalah kesan
akibat pembangunan pascakemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan
perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.
Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.
Prof. Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.






0 comments:
Post a Comment