Powered by Blogger.
RSS

CETUSAN INSPIRASI


CETUSAN INSPIRASI/IDEA
Kumpulan kami iaitu Kumpulan 4 untuk subjek GKV 2143 Seni Elektronik Lanjutan memilih untuk menghasilkan sebuah karya seni bunyi (sound art) sebagai projek. Idea atau inspirasi kami untuk projek seni bunyi ini tercetus ketika membuat penyelidikan mengenai beberapa artis seni bunyi, serta ketika menerokai laman web untuk mencari maklumat yang diperlukan.
Dengan menjadikan artis-artis seni bunyi sebagai rujukan kami, kami mendapat sedikit sebanyak mengenai cara penghasilan karya seni bunyi, pemahaman mengenai seni bunyi, jenis-jenis seni bunyi dan sebagainya.
Sambil kami mendalami pemahaman kami mengenai seni bunyi dengan lebih lanjut, kami juga menyelidik di Internet mengenai isu-isu utama yang berlaku di Malaysia. Setelah melakukan perbincangan, kami telah mengambil keputusan untuk menceritakan tentang isu pembuangan bayi, dan juga bercadang untuk menggunakan seni bunyi sebagai medium untuk kami menyampaikan mesej kami mengenai isu pembuangan bayi kepada audiens.
Teori:
1. Medium yang lebih memberi kesan dalam penyampaian mesej kepada audiens: Sound vs Visual


SOUND VS VISUAL
"Dalam kes pembuangan bayi, visual memainkan peranan yang penting dalam menyedarkan masyarakat tentang beratnya kes ini. Semakin banyak nyawa yang hilang daripada perbuatan ini. Viisual mempunyai batasnya. Visual hanya menunjukkan kesudahan perbuatan zalim ini. Terdapat satu lagi media yang mana dapat menyampaikan mesej yang lebih berkesan kepada masyarakat: bunyi. Bunyi ada sebuah cerita yang diceritakan menggunakan perkataan, tona, irama, puncak, dan sebagainya. Tetapi, bukan seperi visual, bunyi menggunakan deria pendengaran untuk menyampaikan mesej."
"Dengan penglihatan, masyarakat boleh berasa simpati terhadap bayi-bayi yang telah dibuang dengan kejamnya di rumput-rumput, tong sampah, tandas dan tempat-tempat awam. Imej akan hilang. Pada masa kini, seperti pepatah Inggeris "music is life", masyarakat ingat muzik yang didengari, jadikan nada dering, nyanyikan dimana sahaja mereka berada, mereka juga mendengar radio, dan terdapat juga iklan radio. Visual bukan satu-satunya media untuk menyampaikan mesej. Dalam kes pembuangan bayi, bunyi boleh diibaratkan seperti degupan jantung si bayi, tangisan yang keluar dari mulut si bayi apabila keluar dari rahim ibunya, dan degupan jantung yang semakin menghilang lalu berhenti apabila mereka hilang nyawa mereka. Bunyi lalat-lalat berterbangan di mayat si bayi yang telah kehilangan nyawa, bunyi kereta yang berlalu lalang, menghiraukan adanya bayi yang telah dibuang. Mungkin juga bunyi tangisan si ibu apabila dia membuang bayinya itu, mungkin juga suara orang bercerita?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment