Powered by Blogger.
RSS

RUJUKAN PEMBELAJARAN

RUJUKAN  

#1.
Tajuk: Sound Art: Beyond Music, Between Categories
Penulis: Alan Licht
Penerbit: Rizzoli; HAR/COM edition 
Tahun Terbitan: November 6, 2007
ISBN-10: 0847829693 
ISBN-13: 978-0847829699




Alan Licht
 
Pengenalan Tentang Buku Ini:

Over the past century, an art form has emerged that draws from the worlds of visual art and music. Sound art’s roots can be found in the experimental work of Italian Futurism, Dada, and later the Fluxus group and the pioneering efforts of the American composer and artist John Cage. In the wake of this groundbreaking work, sound art began to mature into a movement, and artists explored the interactive possibilities of sound and in turn created entirely new modes of experiencing and engaging with art. In this volume, the complete story of sound art is told by one of the country’s leading critics and scholars

#2.
Tajuk: Sound In Motion: A Performer’s Guide to Greater Musical Expression
Penulis: David McGill
Penerbit: Indiana University Press
Tahun Terbitan: March 17, 2009
ISBN-10: 0253219264 
ISBN-13: 978-0253219268


 David McGill

Pengenalan Tentang Buku Ini:

The controversial issue of baroque performance practice is also addressed. Instrumentalists and vocalists alike will find that many of the ideas presented in this book will help develop their musicianship as well as their understanding of what makes a performance "musical."

#3.
Tajuk: The Sounds of Capitalism: Advertising, Music, and the Conquest of Culture

Penulis: Timothy D. Taylor
Penerbit: University Of Chicago Press
Tahun Terbitan: July 27, 2012
ISBN-10: 0226791157 
ISBN-13: 978-0226791159
 Timothy D. Taylor

Pengenalan Tentang Buku Ini:



The Sounds of Capitalism is the untold story of this infectious part of our musical culture. Here, Timothy D. Taylor tracks the use of music in American advertising for nearly a century, from variety shows like The Clicquot Club Eskimos to the rise of the jingle, the postwar rise in consumerism and the more complete fusion of popular music and consumption in the 1980s and after.

#4.
Tajuk: The Sounds of Capitalism: Advertising, Music, and the Conquest of Culture

Penulis: M. E Sokolik & Michael Krasny
Penerbit: McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages; 1 edition
Tahun Terbitan: September 11, 2009
ISBN-10: 0073533254 
ISBN-13: 978-0073533254

M. E Sokolik
 Michael Krasny
Pengenalan Tentang Buku Ini:

Reading involves interpreting all types of texts: fiction, nonfiction, poetry, graphic novels, advertisements, spoken words, and more. Sound Ideas is a reader that acknowledges this – and that a wide variety of linguistic backgrounds make up today's college classrooms. Sound Ideas addresses the needs and interests of this diverse audience, while maintaining strong connections to a history of ideas.
 
#5.
Tajuk: Our Own Sweet Sounds: A Celebration of Popular Music in Arkansas

Penulis: Robert Cochran
Penerbit: University of Arkansas Press; 2 edition
Tahun Terbitan: March 1, 2005
ISBN-10: 1557287937 
ISBN-13: 978-1557287939
Robert Cochran
Pengenalan Tentang Buku Ini:
Originating as a catalog for the 1995-1996 exhibit at the Old State House Museum in Little Rock, this book now accompanies the expanded exhibit called Our Own Sweet Sounds II . It contains a history of popular music in Arkansas, encompassing folksongs, fiddlers, radio, the blues, jazz, western swing, gospel, country, and rock and roll. The new edition adds about 70 individual artists to the text, and the last section has expanded biographical and musical information on 33 of them. Cochran is a professor of English and director of the Center for Arkansas and Regional Studies at the University of Arkansas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PROSES PENGKARYAAN

Sebelum kumpulan kami dapat satu kerja untuk mengasilkan satu projek mengenai penggunaan seni elektronik. Pada mulanya kami berbincang untuk mengahasilkan video kemudian sound art.

Idea 1


Kumpulan kami merancang untuk membuat satu video mengenai emosi. Dengan mengunakan warna sebagai media utama dan wajah manusia untuk penghasilan seni video. Warna akan menuruni pada wajah manusia ada yang mengaliir dengan laju dan ada juga yang mengalir dengan perlahan. Warna yang mengaalir dengan laju menunjukkan emosi yang tenag dan damai manakala yang mengalir dengan perlahan menunjukkan emosi yang kurang stabil. 



Setap warna mewakili emosi:

Merah

Merah adalah warna yang paling sering menarik perhatian. Warna memiliki karateristik merangsang saraf, kelenjar adrenal (endokrin) dan saraf deria. Merah juga meningkatkan peredaran darah dan kereaktivan darah itu sendiri.
 


Warna merah juga paling berkesan untuk merangsang dan meningkatkan tenaga fizikal, mengukuhkan motivasi, meningkatkan peredaran, dan berkaitan dengan seksualiti. Merah juga membangkitkan emosi dan mencipta perasaan kegembiraan atau intensiti. Tetapi pada masa yang sama, warna ini boleh dianggap sebagai tuntutan dan sikap agresif. 

 

Kuning 
 
Kuning adalah warna cerah yang dapat menarik banyak perhatian. Warna ini boleh digunakan sedikit untuk notis, seperti cahaya kedua-dua lampu brek yang berada dikendaraan.


Warna kuning merangsang fungsi tubuh, seperti aliran hempedu dan cara kerja hati. Ia mempunyai sifat pencahar dengan cara mempromosikan perembesan asid perut dan membantu pembuangan usus. Kuning juga berkaitan dengan intelektual dan proses mental. Warna cerah ini juga merangsang otak serta membuat anda lebih berwaspada dan tegas. 



Jingga
 
Jingga ialah kombinasi warna merah dan kuning. Merupakan warna hangat dan mesra yang membuat orang merasa selesa. Jingga berkaitan dengan cakra suci dan diyakini bermanfaat untuk buah pinggang, saluran kencing dan organ repoduksi. Dia juga meningkatkan metabolisme, memperkuatkan paru-paru, limpa dan pankreas. 




Biru
 
Dari semua warna dalam spektrum, biru adalah warna yang boleh meningkatkan nafsu makan untuk itu disyorkan meletakkan makanan di pinggan biru. Biru juga boleh melambatkan denyut nadi dan suhu badan lebih rendah. Ini adalah warna yang menenangkan dan diyakini mengatasi insomnia, kecemasan, masalah kerongkong, tekanan darah tinggi, migrain dan kerengsaan kulit.


Warna ini juga meningkatkan ekspresi lisan, komunikasi, ekspresi artistik dan kekuatan. Biru yang kuat (biru tua) akan merangsang pemikiran yang jernih dan biru muda akan menenangkan fikiran dan membantu konsentrasi.




Violet
 
Warna ini membawa perasaan damai dan saling memahami. Warna ini juga membantu tidur anda. Dari kumpulan warna-warna lain radian warna violet ini dipercayai akan menghalang perkembangan tumor. Nafsu makan tidak terkawal boleh dikendalikan oleh warna ini. Warna ini juga dikatikan dengan spiritual, intuisi, kebijaksanaan, penguasaan, kekuatan mental dan tumpuan.



Hijau
 
Hijau dikaitkan dengan dunia alam. Kerana hubungannya dengan alam, hijau dianggap sebagai warna menenangkan dan santai. Warna ini boleh membantu orang yang sering merasa tegang. Hijau akan mengimbangkan emosi, mencipta keterbukaan antara anda dan orang lain. Warna ini juga berkaitan dengan cakra jantung sehingga dipercayai membantu masalah emosional, seperti cinta, kepercayaan, dan kasih sayang.

Para penyelidik juga mencari warna hijau dapat meningkatkan kemampuan membaca pelajar. Para pelajar yang membaca bahan tulisan di atas lembaran hijau telus akan meningkatkan kelajuan membaca dan pemahaman. Kesan rehat dan menenangkan dari warna ini mungkin jadi puncanya.



Indigo
 
Warna-warna nila ini dipercayai akan meningkatkan intuisi dan memperkuatkan sistem getah bening, kekebalan tubuh dan membantu memurnikan serta membersihkan tubuh.


Putih

 
Pilihlah warna putih untuk meredakan rasa sakit. Putih juga memberikan aura kebebasan dan keterbukaan. Rumah sakit dan pekerja rumah sakit menggunakan warna putih untuk mencipta kesan steril. Namun, terlalu banyak banyak warna putih boleh memberikan rasa sakit kepala dan keletihan mata kerana cahaya yang dipantulkan.



Idea 2

Kami ingin meggunakan lagu Unimas. Lagu Unimas itu akan digabungkan dengan bunyi-bunyi yang baru. Bunyi yang baru akan dibuat oleh kami semua untuk penghasilan muzik yang baru. Bunyi tersebut akan diambil dari alam semula jadi, barang kegunaan harian dan sebagainya.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FAKTA ISU


Remaja Melayu
 Di manakah jalan penyelesaiannya?
Kes A
 Gadis A, berumur 16 tahun didapati kerap berkeadaan murung. Apabila ditegur oleh ibunya,A cuba mengelak. Namun keadaan perutnya yang semakin membuncit menyebabkan sukar untuk A menyimpan rahsia tersebut. A melarikan diri dan tinggal bersama keluargaangkatnya di ibu kota. Beliau hanya dibawa ke hospital untuk melahirkan kandungannya ini.
kes B
 Gadis B, berumur 18 tahun adalah seorang pelajar kolej swasta yang sangat aktif. Akibatketelanjuran bersama teman lelakinya, B disyaki mengandung. Ujian kencing yang dibuat disebuah klinik swasta mengesahkan bahawa B telah pun hamil dan kandungan janin kembar telah pun disahkan melalui ujian ultrasound. B cuba untuk menyembunyikan kandungannyasehingga terpaksa ponteng kuliah. Rahsianya terbungkar apabila B melahirkan kandungankembarnya yang pramatang di dalam tandas asrama kolej tersebut.

Kes C
 Gadis C, berumur 15 tahun adalah seorang pelajar sekolah menengah. Beliau ditahan oleh pasukan polis kerana disyaki membuang bayinya apabila mayat seorang bayi yang barusahaja meninggal dunia ditemui kira-kira 100 meter daripada rumahnya. Walaupun Cmenafikan dakwaan tersebut, pemeriksaan kesihatan telah mengesahkan bahawa beliaumempunyai banyak tanda-tanda bahawa gadis C baru sahaja melahirkan kandungannya.

Statistik
 Kita tidak mempunyai laporan statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar remaja yanghamil di Malaysia. Namun peningkatan kejadian buang bayi, remaja ponteng dan berhentisekolah, remaja melarikan diri dari rumah dan peningkatan kes-kes remaja yang hamil dan bersalin membuktikan bahawa permasalahan ini menjadi semakin parah. Malahan saya pernah berhadapan dengan 3 kes remaja yang hamil yang hampir melahirkan anak ketikamereka hanya berumur 13 tahun. Dinisbahkan sebagai pelajar sekolah menengah, mereka baru berada di tingkatan satu.Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara sepanjangtahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 21hb Mac 2010.Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100.Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM). Walaupun laporan JPN dan JKM tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yangmelahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadianzina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu.Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah dikalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah.Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.


Punca-punca Kejadian
 Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabilagejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepadainstitusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan. Ada yang menyalahkan badan- badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.
Ada yang mengatakan gejala pembuangan bayi adalah kesan akibat pembangunan pascakemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja. Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.

Prof. Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin,
Naib YDP ISMA Cawangan Seremban.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ISU (PEMBUANGAN BAYI)


Kemelut ini berlaku lantaran kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja kita. Kekurangan ini mungkin akibat kekurangan didikan dan perhatian ibu bapa serta impak kemodenan yang melanda negara kita. Remaja kita tidak mempunyai pegangan agama yang tebal dan mudah dipengaruhi oleh desakan seksual mereka itu. Tanpa didikan agama yang teguh, mereka tidak dapat membezakan sesuatu perbuatan mereka itu betul atau salah dan tidak dapat membezakan antara hak dengan batil. Hal ini dapat dilihat apabila remaja perempuan mudah terlibat dalam kancah perzinaan sedangkan berzina itu haram di sisi agama. Kesannya, banyak anak luar nikah yang lahir dan akhirnya bayi yang tidak berdosa itu dibuang demi menutup malu perbuatan remaja yang goyah imannya. Jadi, didikan agama yang kurang mantap menyebabkan masalah ini kian meruncinng.


Selain itu, isu ini turut berleluasa kerana institusi kekeluargaan itu sendiri sudah runtuh. Sudah menjadi kebiasaan kini sesebuah keluarga itu tidak mempunyai ayah atau ibu untuk mendidik. Ketiadaan ini menyebabkan tanggungjawab mendidik anak tidak menjadi satu keperluan yang harus dipenuhi dengan baik. Menurut kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa 50 peratus masalah sosial remaja berpunca daripada keluarga yang porak peranda. Ibu atau bapa yang tunggal sering sibuk mencari tuntutan nafkah untuk menyara kehidupan keluarganya. Lantaran itu, mereka telah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mendidik dan memantau setiap perlakuan anak mereka. Pengabaian ini akhirnya mengundang padah apabila anak mereka terlibat dalam perbuatan yang sumbang. Sesungguhnya, keadaan inilah yang menyebabkan masalah pembuangan bayi menjadi-jadi.

Sikap masyarakat yang terlalu suka menghukum turut menjadi penyebab pembuangan bayi ini berlaku. Kita suka menganggap bahawa wanita yang mengandung tanpa suami ini sebagai melakukan kesalahan tanpa menimbang keadaan yang menjurus kemelut itu berlaku. Mungkin ada antara mereka yang mengandung disebabkan tindakan manusia yang durjana sehingga sanggup merogol gadis yang tidak berdosa. Dalam hal ini, wajarkah remaja itu dipersalahkan oleh perbuatan manusia yang tidak berhati perut itu? Sememangnya kita harus bersimpati terhadap mereka tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila terdapat segelintir daripada ahli masyarakat kita yang lebih suka menunding jari kepada sesetengah remaja tanpa meneliti punca yang menjadi permasalahan ini. Malangnya, masih terdapat pemikiran masyarakat yang kolot lalu menyebabkan remaja tidak mempunyai tempat untuk mengadu masalah mereka sehingga sanggup membiarkan anak mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya daripada dipandang jijik oleh masyarakat. Tegasnya, sikap masyarakat seumpama ini merupakan pemangkin gejala ini.

Arus kemodenan terutama melalui media massa telah menyemarakkan masalah ini. Program dari Barat yang mengaitkan kebebasan dalam pergaulan telah menyebabkan remaja mudah terpengaruh. Kehidupan moden sering dikaitkan dengan hubungan seksual yang bebas. Remaja yang baru berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang sering dikuasai oleh perasaan ingin mencuba pasti akan meniru aksi-aksi atau adegan-adegan panas yang terdapat dalam filem Barat bagi memuaskan nafsu mereka. Mereka tidak lagi berasa takut ketika melakukan perkara yang terkutuk itu asalkan nafsu berahi mereka dapat dipenuhi. Lantaran itu, masalah ini terus menerus menjadi sesuatu yang lumrah dan menjadi darah daging dalam hidup mereka. Sebagai akibatnya, lahirlah anak luar nikah dan masalah pembuangan bayi semakin sukar dikawal lantaran ingin menutup rasa aib atas perbuatan ibu bapa yang masih remaja itu.


Sebelum kudis menjadi tokak, kemelut remaja ini haruslah diatasi segera. Kita tidak seharusnya mendopang dagu tetapi pelbagai pendekatan yang proaktif perlulah diambil demi menangani masalah ini kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi.


Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Kempen murni ini haruslah dilakukan secara berketiak ular dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Sesungguhnya, usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landasan yang betul dalam kehidupan.


Langkah yang seterusnya ialah pihak kebajikan masyarakat perlu menyediakan perkhidmatan kaunseling. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Penubuhan Rumah Sri Puteri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memberikan perlindungan dan khidmat nasihat kepada mereka yang telah terlanjur ini. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut daripada terus melakukan perkara yang terkutuk.


Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut yang salah di sisi agama. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Hal ini dapat mengurangkan jenayah pembuangan bayi yang tidak berdosa itu di negara kita.

Seterusnya,
 pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Albert Einstein pernah berkata bahawa agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Hal ini menunjukkan peri pentingnya didikan agama dan moral dalam kehidupan kita supaya kehidupan tidak menjadi terumbang-ambing seperti kapal tanpa nakhoda. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dengan menyuruh anak-anak tidak mengabaikan solat kerana bersolat itu dapat mencegah daripada melakukan kemungkaran. Cara ini adalah efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.


Kesimpulannya, masalah pembuangan bayi ini yang diesebabkan oleh banyak faktor mempunyai pendekatan yang tersendiri untuk diatasi jika dikaji secara telus. Pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung masalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan terbilang dari segi lahiriah dan rohaniah dapat direalisasikan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CETUSAN INSPIRASI


CETUSAN INSPIRASI/IDEA
Kumpulan kami iaitu Kumpulan 4 untuk subjek GKV 2143 Seni Elektronik Lanjutan memilih untuk menghasilkan sebuah karya seni bunyi (sound art) sebagai projek. Idea atau inspirasi kami untuk projek seni bunyi ini tercetus ketika membuat penyelidikan mengenai beberapa artis seni bunyi, serta ketika menerokai laman web untuk mencari maklumat yang diperlukan.
Dengan menjadikan artis-artis seni bunyi sebagai rujukan kami, kami mendapat sedikit sebanyak mengenai cara penghasilan karya seni bunyi, pemahaman mengenai seni bunyi, jenis-jenis seni bunyi dan sebagainya.
Sambil kami mendalami pemahaman kami mengenai seni bunyi dengan lebih lanjut, kami juga menyelidik di Internet mengenai isu-isu utama yang berlaku di Malaysia. Setelah melakukan perbincangan, kami telah mengambil keputusan untuk menceritakan tentang isu pembuangan bayi, dan juga bercadang untuk menggunakan seni bunyi sebagai medium untuk kami menyampaikan mesej kami mengenai isu pembuangan bayi kepada audiens.
Teori:
1. Medium yang lebih memberi kesan dalam penyampaian mesej kepada audiens: Sound vs Visual


SOUND VS VISUAL
"Dalam kes pembuangan bayi, visual memainkan peranan yang penting dalam menyedarkan masyarakat tentang beratnya kes ini. Semakin banyak nyawa yang hilang daripada perbuatan ini. Viisual mempunyai batasnya. Visual hanya menunjukkan kesudahan perbuatan zalim ini. Terdapat satu lagi media yang mana dapat menyampaikan mesej yang lebih berkesan kepada masyarakat: bunyi. Bunyi ada sebuah cerita yang diceritakan menggunakan perkataan, tona, irama, puncak, dan sebagainya. Tetapi, bukan seperi visual, bunyi menggunakan deria pendengaran untuk menyampaikan mesej."
"Dengan penglihatan, masyarakat boleh berasa simpati terhadap bayi-bayi yang telah dibuang dengan kejamnya di rumput-rumput, tong sampah, tandas dan tempat-tempat awam. Imej akan hilang. Pada masa kini, seperti pepatah Inggeris "music is life", masyarakat ingat muzik yang didengari, jadikan nada dering, nyanyikan dimana sahaja mereka berada, mereka juga mendengar radio, dan terdapat juga iklan radio. Visual bukan satu-satunya media untuk menyampaikan mesej. Dalam kes pembuangan bayi, bunyi boleh diibaratkan seperti degupan jantung si bayi, tangisan yang keluar dari mulut si bayi apabila keluar dari rahim ibunya, dan degupan jantung yang semakin menghilang lalu berhenti apabila mereka hilang nyawa mereka. Bunyi lalat-lalat berterbangan di mayat si bayi yang telah kehilangan nyawa, bunyi kereta yang berlalu lalang, menghiraukan adanya bayi yang telah dibuang. Mungkin juga bunyi tangisan si ibu apabila dia membuang bayinya itu, mungkin juga suara orang bercerita?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ARTISTS




Luigi Rusollo
(1885-1947)

  • A painter, composer, builder of musical instruments, and first-hour member of the Italian Futurist movement - was a crucial figure in the evolution of twentieth-century aesthetics. As creator of the first systematic poetics of noise and inventor of what has been considered the first mechanical sound synthesizer, Russolo looms large in the development of twentieth-century music. In the first English language study of Russolo, Luciano Chessa emphasizes the futurist's interest in the occult, showing it to be a leitmotif for his life and a foundation for his art of noises. Chessa shows that Russolo's aesthetics of noise, and the machines he called the intonarumori, were intended to boost practitioners into higher states of spiritual consciousness. His analysis reveals a multifaceted man in whom the drive to keep up with the latest scientific trends coexisted with an embrace of the irrational, and a critique of materialism and positivism. 





Photo of russolo, Ugo Piatti and their “noise intoners” (intonarumori), Milan circa 1920. These were invented in 1914 to correspond with the theories outlined in this essay. There were ultimately 27 different types of intoners, each producing a unique sound in one of the six “families” listed, including “howlers”, “crumplers”, “hissers”, “scrapers”. Russolo performed several concerts with these in the 1920’s. Unfortunately, only one very brief recording is known to exist of these (the intoners have apparently been destroyed). 





The Art of Noises


Ancient life was all silence. In the nineteenth century, with the invention of the machine, Noise was born. Today, Noise triumphs and reigns supreme over the sensibility of men. For many centuries life went by in silence, or at most in muted tones. The strongest noises which interrupted this silence were not intense or prolonged or varied. If we overlook such exceptional movements as earthquakes, hurricanes, storms, avalanches and waterfalls, nature is silent.


Amidst this dearth of noises, the first sounds that man drew from a pieced reed or streched string were regarded with amazement as new and marvelous things. Primitive races attributed sound to the gods; it was considered sacred and reserved for priests, who used it to enrich the mystery of their rites.


And so was born the concept of sound as a thing in itself, distinct and independent of life, and the result was music, a fantastic world superimposed on the real one, an inviolatable and sacred world. It is easy to understand how such a concept of music resulted inevitable in the hindering of its progress by comparison with the other arts. The Greeks themselves, with their musical theories calculated mathematically by Pythagoras and according to which only a few consonant intervals could be used, limited the field of music considerably, rendering harmony, of which they were unaware, impossible.


The Middle Ages, with the development and modification of the Greek tetrachordal system, with the Gregorian chant and popular songs, enriched the art of music, but continued to consider sound in its development in time, a restricted notion, but one which lasted many centuries, and which still can be found in the Flemish contrapuntalists’ most complicated polyphonies.


The chord did not exist, the development of the various parts was not subornated to the chord that these parts put together could produce; the conception of the parts was horizontal not vertical. The desire, search, and taste for a simultaneous union of different sounds, that is for the chord (complex sound), were gradually made manifest, passing from the consonant perfect chord with a few passing dissonances, to the complicated and persistent dissonances that characterize contemporary music.


At first the art of music sought purity, limpidity and sweetness of sound. Then different sounds were amalgamated, care being taken, however, to caress the ear with gentle harmonies. Today music, as it becomes continually more complicated, strives to amalgamate the most dissonant, strange and harsh sounds.





Ed Osborn


Ed was born in Helsinki, Finland and spent his early life aiding his parents to smuggle art out of the Soviet Union. After one such endeavor went south, he relocated to Philadelphia where he grew up in a Quaker household under a witness protection program and periodic visits from the FBI. The Quaker religious ceremonies are marked by long periods of silence, and Ed's experience of them was where he learned to pay close attention to the tiniest and most unlikely of sounds. Several subsequent years of French Horn study were unable to sway him from the unfortunate career trajectory that his family's religious inclinations had set in motion.





Ed Osborn's sound art pieces take many forms including installation, sculpture, radio, video, performance, and public projects. His works combine a visceral sense of space, aurality, and motion with a precise economy of materials. Ranging from rumbling fans and sounding train sets to squirming music boxes and delicate feedback networks, Osborn's kinetic and audible pieces function as resonating systems that are by turns playful and oblique, engaging and enigmatic.






Osborn has performed, exhibited, and lectured, and held residencies throughout the United States, Canada, Europe, Australia, New Zealand, and South America. The recipient of many awards including a DAAD Artists-in-Berlin Stipendium and a Guggenheim Fellowship, he is represented by the Catharine Clark Gallery in San Francisco and is on the faculty of the Visual Art Department at Brown University.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SOUND ART


SOUND ART


  • A contemporary art form that focuses on aural stimulation



- Instead of interesting the eyes, like traditional painting, sound art uses music, produced sounds, and sound technology to create an artistic experience in listening and hearing. This relatively new art form has gained a passionate following as it reaches out to the art world in a new and distinct way.


  • Sound Exhibitions



- One of the earliest sound exhibitions was by a collection of artists in 1983, held at the New York City Sculpture Center.


- The show was called Sound/Art and believed to be the origin of the term for the art form. The popular exhibit raised controversy in the art world, wondering if sound art is properly considered art, music, or a hybrid form of work.


  • Sound artistry can take many forms


- Some artists create site-specific sound installations, where the sound objects develop over time. A viewer can choose to stay as long as they wish or leave as quickly as they want, but they risk missing out on crucial developments in the sound. These installations are often heavily dependent on their environment, and are considered by some to count as sound installations only if they have a structure that needs the specific environment.


  • Principles

- In creating sound art, deriving from the science of acoustics and the effect of sound on the human body. Experiments have shown that sound vibration at certain frequencies can cause a reaction in the human body, even if the vibrations are actually too low to hear.

- Some low frequency vibrations can even cause nausea in the body. In some sound art, the listeners are part of the experience, as the sounds used create art in how they affect the body and the mind.


  • Definition 

- The meaning of sound art is quite tricky, and even those considered founders in the field cannot come to a consensus in what it means.
- Some experts suggest that the term is to helps describe the concept in relation to traditional art; a sound artist uses tones and audio effects the way a painter uses colors and shapes.

- Others suggest that the term distinguishes it from musical composition, as sound art relies on its environment and specific objects, rather than a piece of music that can be picked up and played anywhere.


  • In Conclusion

- Sound art has become a popular form of conceptual art, and installations are often to be found at modern art or experimental art museums. As a young form, the experience from one exhibit to the next may be completely different, have totally separate means, aims and technology used. For art or music enthusiasts, it is well worth a trip to a local exhibition to discover the new world being created by sound artists.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS